Jawatan Kosong Pusat Asasi UiTM


IKLAN TAWARAN KHIDMAT PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN PUSAT ASASI UiTM
1. Calon yang berkelayakan adalah diperlukan untuk mengisi jawatan di atas mengikut syarat-syarat pelantikan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia (Bumiputera).
(b) Pemohon mestilah berumur 17 tahun ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh permohonan dipohon. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat kebenaran ibu/bapa/penjaga.
(c) Sihat tubuh badan.

(d) Keutamaan akan diberi kepada anak-anak staf UiTM. Ahli keluarga yang lain atau kenalan juga boleh dipertimbangkan. Staf UiTM yang terbabit akan dianggap sebagai rujukan perwatakan pemohon.
(e) Kelayakan minimum sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.
(f) Pelajar UiTM / Bekas Pelajar UiTM / Staf Akademik UiTM tidak dibenarkan memohon.
(g) Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas.
(h) Pihak UiTM boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa, jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.
2. Taraf Jawatan - Sambilan (mengikut tempoh peperiksaan iaitu bermula dari (21 Oktober hingga 31 Oktober 2019).
3. Kadar Elaun - RM 4.00 sejam.
4. Calon yang berminat sila mendapatkan Borang Permohonan di BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK, ARAS 3, BANGUNAN PENTADBIRAN, PUSAT ASASI, UiTM CAWANGAN SELANGOR, KAMPUS DENGKIL mulai 3 September 2019. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi 03 8924 5383 atau 03 8924 5215.
5. Borang permohonan yang lengkap di isi hendaklah dikembalikan kepada BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK, ARAS 3, BANGUNAN PENTADBIRAN, PUSAT ASASI, UiTM CAWANGAN SELANGOR, KAMPUS DENGKIL sebelum atau pada 2 Oktober 2019


BORANG PERMOHONAN <<KLIK SINI>>
Share:

FACEBOOK

ENTRI POPULAR

ENTRI TERKINI