1.
Sarawak
Pay
Cashback Reward Igat US utk 3 Bulan
Membayar
bil elektrik dan bil air adalah kemestian setiap bulan! Maka saya sarankan muat turun App Sarawak Pay. Saya sendiri guna utk bayar bil elektrik
& bil air. Tak perlu beratur panjang di kaunter, lebih jimat bayar guna App
dan dapat CASHBACK Reward lagi.
*Sarawak Pay sesuai utk yg berada di Sarawak.
2.
Boost
Berbelanja guna Boost dapat Cashback
Setiap
bulan pasti juga membeli barangan dapur kan? Ada Member Day ok la.
Saya
sendiri lebih suka guna Boost untuk membeli barangan keperluan rumah dan barangan dapur.
Kalau
membeli barangan dapur di Bintulu, saya lebih gemar ke Econsave dan Ta Kiong, boleh guna
Boost. Terpulang kepada masing-masing.
Saya
juga dapat diskaun 5% guna Grab. Byk
lagi la untuk yg suka tengok Movie (Beli Tiket), Top Up dsb.
Hari ini, Deepavali Guardian bagi CASHBACK RM5.60 jika membeli lebih RM56.
3.
ShopBack
ShopBack Earnings Igat US RM11.13
[Lebih 500 Store / App di bawah
ShopBack.]
Bagi
yang suka membeli secara online di Shoppe,
Lazada, Zalora dsb, rugi kalau tak install ShopBack. W/pun ada dah install Shoppe, Lazada, Zalora di hp kalian pastikan ada install juga ShopBack. Search di ShopBack… Shoppe, Lazada, Zalora dan
setiap pembelian anda di App berkenaan akan mencapat CASHBACK.
Untuk
tempahan hotel saya lebih suka guna Agoda
& Traveloka.
Saya
lebih suka Agoda kerana kerana ada PointsMax
dengan AirAsia BIG, & BonusLink. Kalau anda juga ‘email subscriber Agoda’ boleh dapat
lagi diskaun 5%-10%.
4.
Air
Asia
Tambang AirAsia bertarikh 27/10/2019
Dengan
Big Member dapat diskaun
penerbangan. Anda boleh rancang awal percutian / pengunaan kapal terbang untuk
mendapatkan harga yang lebih murah. Boleh guna membuat perubahan tempahan spt
menambah bagasi, tukar/pilih tempat duduk, tempeh hidangan dan yg paling
penting jika ada masalah dan terpaksa menukar tarikh/waktu penerbangan baru
lebih mudah dgn App.
Contohnya, saya nak Kuching bulan depan. Daripada guna bas dengan tambang sekitar RM70-80, lebih mudah guna Kapal Terbang
dengan kadar bayaran yang lebih kurang sama. Pan Borneo pun belum di Sarawak, sakit tulang belakang naik bas huhu):
5.
Bonuslink atau
PETRONAS Mesra
Contoh points Bonuslink
Beli
minyak motosikal atau kereta pun wajib kan! Ada yang guna minyak petronas boleh
guna Mesra & Ada yang membeli di SHELL dengan BONUSLINK, dua-duanya
mempunyai kelebihan tersendiri.
Saya
sendiri suka guna BonusLink sebab lebih banyak patners di peringkat
antarabangsa. Selalu lupa bawa kad BonusLink Cuma scan guna telefon. Antara
lain BonusLink boleh dapat points di Parkson,
Agoda, C L Khoons Electronics.
Dengan mempunyai disiplin guna Bonluslink juga kita tahu belanja bulanan minyak kenderaan digunakan. Bolehlah rancang perbelanjaan.
Penulisan