Showing posts with label UiTM Sabah. Show all posts
Showing posts with label UiTM Sabah. Show all posts

Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah





Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu dan Kampus Tawau.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

i) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA
yang boleh dimuat turun dari laman sesawang UiTM di SINI

ii) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah
disahkan;

a) Kad Pengenalan.
b) Sijil Kelahiran.
c) Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau setaraf.
d) Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik
Terperinci).
e) Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk
mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.

iii) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan
Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan Kenyataan

Perkhidmatan yang telah dikemaskini.
iv) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

v) Borang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

vi) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.


Tarikh Tutup : 25 OKTOBER 2019

IKLAN PENUH >> KLIK SINI

BORANG PERMOHONAN AKADEMIK >> KLIK SINI

BORANG PERMOHONAN PENTADBIRAN >> KLIK SINI

Share:

FACEBOOK

ENTRI TERKINI