5 App Telefon Jimat Berbelanja Harus Ada Era Digital 4.0 Kini | Tips Kewangan



1.            Sarawak Pay 
Cashback Reward Igat US utk 3 Bulan

Membayar bil elektrik dan bil air adalah kemestian setiap bulan! Maka saya sarankan muat turun App Sarawak Pay. Saya sendiri guna utk bayar bil elektrik & bil air. Tak perlu beratur panjang di kaunter, lebih jimat bayar guna App dan dapat CASHBACK Reward lagi.

*Sarawak Pay sesuai utk yg berada di Sarawak.

2.            Boost

Berbelanja guna Boost dapat Cashback


Setiap bulan pasti juga membeli barangan dapur kan? Ada Member Day ok la.

Saya sendiri lebih suka guna Boost untuk membeli barangan keperluan rumah dan barangan dapur. 

Kalau membeli barangan dapur di Bintulu, saya lebih gemar  ke Econsave dan Ta Kiong, boleh guna Boost. Terpulang kepada masing-masing.


Saya juga dapat diskaun 5% guna Grab. Byk lagi la untuk yg suka tengok Movie (Beli Tiket), Top Up dsb.


Hari ini, Deepavali Guardian bagi CASHBACK RM5.60 jika membeli lebih RM56.

3.            ShopBack

ShopBack Earnings Igat US RM11.13


[Lebih 500 Store / App di bawah ShopBack.]

Bagi yang suka membeli secara online di Shoppe, Lazada, Zalora dsb, rugi kalau tak install ShopBack. W/pun ada dah install Shoppe, Lazada, Zalora di hp kalian  pastikan ada install juga ShopBack. Search di ShopBack… Shoppe, Lazada, Zalora dan setiap pembelian anda di App berkenaan akan mencapat CASHBACK.

Untuk tempahan hotel saya lebih suka guna Agoda & Traveloka.

Saya lebih suka Agoda kerana kerana ada PointsMax dengan AirAsia BIG, & BonusLink. Kalau anda juga ‘email subscriber Agoda’ boleh dapat lagi diskaun 5%-10%.

4.            Air Asia

Tambang AirAsia bertarikh 27/10/2019

Dengan Big Member dapat diskaun penerbangan. Anda boleh rancang awal percutian / pengunaan kapal terbang untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Boleh guna membuat perubahan tempahan spt menambah bagasi, tukar/pilih tempat duduk, tempeh hidangan dan yg paling penting jika ada masalah dan terpaksa menukar tarikh/waktu penerbangan baru lebih mudah dgn App.

Contohnya, saya nak Kuching bulan depan. Daripada guna bas dengan tambang sekitar RM70-80, lebih mudah guna Kapal Terbang dengan kadar bayaran yang lebih kurang sama. Pan Borneo pun belum di Sarawak, sakit tulang belakang naik bas huhu): 

5.            Bonuslink atau PETRONAS Mesra

Contoh points Bonuslink

Beli minyak motosikal atau kereta pun wajib kan! Ada yang guna minyak petronas boleh guna Mesra & Ada yang membeli di SHELL dengan BONUSLINK, dua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.

Saya sendiri suka guna BonusLink sebab lebih banyak patners di peringkat antarabangsa. Selalu lupa bawa kad BonusLink Cuma scan guna telefon. Antara lain BonusLink boleh dapat points di Parkson, Agoda, C L Khoons Electronics.

Dengan mempunyai disiplin guna Bonluslink juga kita tahu belanja bulanan minyak kenderaan digunakan. Bolehlah rancang perbelanjaan. 

Penulisan 
Kredit : Igat US
Sekadar pendapat

Share:

FACEBOOK

ENTRI TERKINI