IKLAN JAWATAN GURU TABIKA PERPADUAN GRED S29 (KONTRAK) JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL (PERPADUAN) NEGERI SARAWAK
Bilangan Kekosongan : Satu (1)
Tempat Kekosongan : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak
Bersama-sama ini disertakan lampiran borang untuk rujukan tuan/puan yang disertakan sekali syarat-syarat lantikan.
Cara Memohon :
Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Pejabat Perpaduan Bahagian/Daerah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak atau boleh diperolehi dengan melayari laman web PERPADUAN di https://www.perpaduan.gov.my
Borang Permohonan beserta gambar terkini (berukuran passport) yang tidak dikembalikan dan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Kelulusan Akademik, Sijil Berhenti Sekolah, Salinan Lesen Memandu sebagai dokumen tambahan serta dokumen sokongan yang berkaitan yang telah DISAHKAN (dicop) dan dihantar ke alamat seperti berikut :
Pengarah
Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) Negeri Sarawak
Jabatan Perdana Menteri
TIngkat 9, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan SImpang Tiga
93300 Kuching
SARAWAK
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 18 OKTOBER 2019