Jawatan Kosong Pensyarah Akademik di Kolej Matrikulasi | Kementerian Pendidikan Malaysia

Permohonan adalah dipelawa kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44/ DG48 (KUP) / DG48 yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pensyarah Akademik di kolej matrikulasi KPM.
  1. SYARAT-SYARAT UMUM
  • 1.1 PPP Gred DG44/ DG48 (KUP) / DG48 yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP);
  • 1.2 Markah wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85 % bagi tahun 2016, 2017 dan 2018;
  • 1.3 Bebas daripada tindakan tatatetertib;
  • 1.4 Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun;
  • 1.5 Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan; dan
  1. SYARAT-SYARAT KHUSUS
  • 2.1 Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan bagi kursus yang dimohon;
  • 2.2 Fasih dalam Bahasa Inggeris (penulisan dan pertuturan);
  • 2.3 Bagi permohonan sebagai Pensyarah Bahasa Inggeris, PPP perlu berada pada tahap penguasaan minimum Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) C1;
  • 2.4 Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik; dan
  • 2.5 Sedia berkhidmat di kolej matrikulasi yang ditawarkan sekurang-kurangnya 3 tahun.
  1. KEKOSONGAN JAWATAN
Kekosongan jawatan adalah seperti berikut:
Bil
Kolej Matrikulasi
Kursus
1
Labuan
Sains Komputer
Kimia
Fizik
Biologi
Bahasa Inggeris
2
Johor
Sains Komputer
Kimia
Biologi
Perakaunan
Bahasa Inggeris
3
Perak
Sains Komputer
Kimia
Fizik
4
Pahang
Sains Komputer
Kimia
Fizik
Biologi
Bahasa Inggeris
5
Kelantan
Sains Komputer
Kimia
Fizik
Biologi
Perakaunan
Bahasa Inggeris
6
Sarawak
Sains Komputer
Kimia
Biologi
Bahasa Inggeris
7
Kejuruteraan Pahang
Kimia
Fizik
Bahasa Inggeris
8
Kejuruteraan
Johor
Sains Komputer
Fizik
Bahasa Inggeris

  1. CARA MEMOHON
  • 4.1 Tindakan Pemohon
  1. Melengkapkan maklumat yang diperlukan seperti di Lampiran A; dan
  2. Mencetak maklumat permohonan secara depan belakang, mengepilkan maklumat berdasarkan senarai semak dan mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan bagi tujuan sokongan.
  • 4.2 Tindakan Ketua Jabatan
  1. Melengkapkan ruangan sokongan Ketua Jabatan beserta ulasan (mandatori);
  2. Mengemukakan permohonan yang disokong sahaja kepada Bahagian Matrikulasi melalui alamat berikut:
Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6&7, Blok E15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.
  1. LAIN –LAIN
  • 5.1 Sebarang pertanyaan boleh dibuat talian telefon 03-8884 4083/ 4081/ 4067/ 4078.
  • 5.2 Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2019.
  • 5.3 Hanya pegawai yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk proses temuduga. Sekiranya tiada sebarang jawapan diterima daripada urus setia dalam masa 12 bulan dari tarikh tutup permohonan, permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
Muat turun borang KLIK SINI
SUMBER : KPM
Share:

FACEBOOK

ENTRI TERKINI