Pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah Tahun 2020


PERMOHONAN PENGAMBILAN PEGAWAI KADET LEPASAN IJAZAH TAHUN 2020

SYARAT KELAYAKAN UMUM
1. Jantina: Lelaki dan Wanita.
2. Umur: Tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2019.
3. Kelayakan Akademik:
a. Kelulusan Asas. Lulus SPM/SVM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik.
b. Kelulusan Pengajian Tinggi. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas.
4. Taraf Kesihatan (kriteria Asas):
a. Tinggi Minimum :
-1.62m (lelaki).
-1.57m (perempuan).
b. Berat Minimum:
-47.5 kg (lelaki).
-45.0 kg (perempuan).
c. Beza Ukuran Dada Pernafasan :
-5 cm (lelaki).
-4 cm (perempuan).
d. Body Mass Index (BMI):
-18.0 hingga 26.9.
e. Mata: Mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.

PERMOHONAN <<KLIK SINI>>
PERMOHONAN ONLINE <<KLIK SINI>>

Sebelum anda 'HANTAR/SUBMIT' permohonan ini, sila semak semula maklumat yang diisi adalah betul.
Untuk makluman, hanya calon yang benar-benar layak dan memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sahaja akan dipanggil menghadiri sesi Pemilihan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah.

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pihak kami (Cawangan Tenaga Kerja - Sel C) di talian 03-20598133 samb 2391/5120/4524.
Share:

FACEBOOK

ENTRI POPULAR

ENTRI TERKINI